Kelebihan Menghafal AI Quran

Selasa, 3 April 2018 | 09:06:39

Kelebihan Menghafal AI Quran

 

Menghafal Al-Qur’an adalah amalan yang sangat ditakuti Iblis, dan sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Qur’an seperti yang digambarkan seperti berikut. (sumber dari hadis-hadis).

Mereka Adalah Keluarga Allah

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bersumber daripada Anas r.a. : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Iaitu ahli Qur’an (orang yang membaca atau menghafal Al-Qur’an dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa di sisi Allah.”

Ditempatkan di Syurga Yang Paling Tinggi

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda: “Di akhirat nanti para ahli Al Qur’an diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Qur’an dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Ahli Al-Qur’an adalah Orang Yang Arif di Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda: “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”

Menghormati Orang Yang Menghafal Al-Qur’an Bererti Mengagungkan Allah

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Musa Al Asya’ari r.a. ia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda: “Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Qur’an tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.

Hati Penghafal Al-Qur’an Tidak Diseksa

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.: “Bacalah AlQur’an kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Qur’an. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Qur’an maka hendaklah dia bergembira.”

Mereka Lebih Berhak Menjadi Imam Dalam Solat

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Mas’ud r.a: “Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al-Qur’an.”

Disayangi Rasulullah

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad. Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Qur’an? Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.

Dapat Memberikan Syafaat Kepada Anggota Keluarga

Sabda Rasulullah s.a.w. danipada Ali bin Abi Thalib r.a.: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

Penghafal Al-Qur’an Akan Memakai Mahkota Kehormatan

Sabdar Rasulullah s.a.w. danipada Abu Hurairah r.a: Orang yang hafal Al-Qur’an nanti pada hari kiamat akan datang dan Al-Qur’an akan berkata; “Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. AlQur’an berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan.

Hafal Al-Qur’an Merupakan Bekal Paling Baik

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair: “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Qur’an”.

https://www.facebook.com

Ma'had Tahfiz Al-Quran Nusratul Ulum (MATAN)